Wednesday, April 15, 2009

Happy Birthday with my career

semalam genap 1 tahun aku bekerja sendiri.. apa yang boleh aku simpulkan disini

Alhamdulillah..

~ aku masih mampu, menyara keluarga.. 3 orang anak lelaki dan isteri tersayang
~ aku masih mampu membayar hutang tiap2 bulan.. myvi ku, aeon creditku, cimb credit cardku, citibank credit cardku, celcomku, tnbku, sajku, TM streamyxku, TMphoneku, cimb expressku, bank rakyat tanahku, takafullku,.. haha semua ku ku..
~ aku masih bersemangat untuk terus begini.. walau orang rumahku kurang senang dengan situasi sebegini ini.. sabarlah sayang aku masih ada 10 tahun lagi untuk mencuba..
~ aku masih menanti sinar esok hari..kerna ku percaya kepuasan sebenar berniaga akan muncul tika nanti..
~ aku sudah dapat menguasai apa internet world biz.. walau seciput RM yang masuk.. tapi aku tetap bangga dengan ilmu yang aku ada..
~

Subhanallah

~ ikat perut seketika sudah lumrah dalam berniaga,
~ walau hari ini kocek ku penuh Ringgit.. itu bukan duitku sepenuhnya.. aku harus bijak membahagikannya.. untuk itu dan ini..
~ mengurus akaun amatlah perit.. mana satukah yang penting itu atau ini.. Ya Allah kuatkan semangatku..
~ hari ini aku termenung.. esok senyum..lusa ketawa..tulat sedih.. itulah pusingannya.. apa ni..
~ hari2 keluar masuk bank bukan ber erti aku beruang.. cuma mengaktifkan akaun bank company...

setakat itu saja coretan aku untuk menyambut ulangtahun aku berhenti makan gaji.. tahun depan aku berharap coretan yang lebih ceria..
akhir kata dari penaja " buatlah sehabis baik "...

wassalam..

Wednesday, April 8, 2009

Altantuya: Azilah, Sirul dihukum mati

Altantuya: Azilah, Sirul dihukum mati
Apr 9, 09 10:01am

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman gantung

sampai mati ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal

Sirul Azhar Umar selepas mereka didapati bersalah t

erhadap tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya

Shaaribu.

Kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu

didapati bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu, 28,

di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja

dekat sini antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi

20 Oktober 2006.

ingin berita lanjut klik sini

apa yang menarik sangat tentang kes ni..

aku tergerak untuk menulis sesuatu disini sebagai

rakyat Malaysia yang prihatin, ramai rakyat

Malaysia tahu akan kes ini .. bagaimana ia

bermula dan sehingga ia memasuki Mahkamah

dan akhirnya 2 orang telah diadapati bersalah.

sepanjang kes ini bersidang di mahkamah

pelbagai perkara dibongkar.. begitu juga pembongkaran

di media internet dari pelbagai aspek .. siapa dalang

disebaliknya, siapa yg meletupkan, makwe sapa, sapa

yang irihati.. ugutan, penyiasat persendirian, dan

bermacam lagi

semua ini boleh diperolehi dari internet.. tapi malang hari

ini 2 orang tukang letup telah didapati bersalah..

aku sebagai rakyat biasa.. hanya mampu melihat,

memerhati.. dan amat berharap kebenaran

sebenar akan muncul.. memohon pada Ilahi supaya

Dalang sebenar ini akan menerima balasan setimpal

sepertimana nasib yang menimpa Altantuya.. Amin