Altantuya: Azilah, Sirul dihukum mati |
Apr 9, 09 10:01am |
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar selepas mereka didapati bersalah t erhadap tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu. Kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu didapati bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006. ingin berita lanjut klik sini apa yang menarik sangat tentang kes ni.. aku tergerak untuk menulis sesuatu disini sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, ramai rakyat Malaysia tahu akan kes ini .. bagaimana ia bermula dan sehingga ia memasuki Mahkamah dan akhirnya 2 orang telah diadapati bersalah. sepanjang kes ini bersidang di mahkamah pelbagai perkara dibongkar.. begitu juga pembongkaran di media internet dari pelbagai aspek .. siapa dalang disebaliknya, siapa yg meletupkan, makwe sapa, sapa yang irihati.. ugutan, penyiasat persendirian, dan bermacam lagi semua ini boleh diperolehi dari internet.. tapi malang hari ini 2 orang tukang letup telah didapati bersalah.. aku sebagai rakyat biasa.. hanya mampu melihat, memerhati.. dan amat berharap kebenaran sebenar akan muncul.. memohon pada Ilahi supaya Dalang sebenar ini akan menerima balasan setimpal sepertimana nasib yang menimpa Altantuya.. Amin |
Wednesday, April 8, 2009
Altantuya: Azilah, Sirul dihukum mati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment