Wednesday, April 15, 2009

Happy Birthday with my career

semalam genap 1 tahun aku bekerja sendiri.. apa yang boleh aku simpulkan disini

Alhamdulillah..

~ aku masih mampu, menyara keluarga.. 3 orang anak lelaki dan isteri tersayang
~ aku masih mampu membayar hutang tiap2 bulan.. myvi ku, aeon creditku, cimb credit cardku, citibank credit cardku, celcomku, tnbku, sajku, TM streamyxku, TMphoneku, cimb expressku, bank rakyat tanahku, takafullku,.. haha semua ku ku..
~ aku masih bersemangat untuk terus begini.. walau orang rumahku kurang senang dengan situasi sebegini ini.. sabarlah sayang aku masih ada 10 tahun lagi untuk mencuba..
~ aku masih menanti sinar esok hari..kerna ku percaya kepuasan sebenar berniaga akan muncul tika nanti..
~ aku sudah dapat menguasai apa internet world biz.. walau seciput RM yang masuk.. tapi aku tetap bangga dengan ilmu yang aku ada..
~

Subhanallah

~ ikat perut seketika sudah lumrah dalam berniaga,
~ walau hari ini kocek ku penuh Ringgit.. itu bukan duitku sepenuhnya.. aku harus bijak membahagikannya.. untuk itu dan ini..
~ mengurus akaun amatlah perit.. mana satukah yang penting itu atau ini.. Ya Allah kuatkan semangatku..
~ hari ini aku termenung.. esok senyum..lusa ketawa..tulat sedih.. itulah pusingannya.. apa ni..
~ hari2 keluar masuk bank bukan ber erti aku beruang.. cuma mengaktifkan akaun bank company...

setakat itu saja coretan aku untuk menyambut ulangtahun aku berhenti makan gaji.. tahun depan aku berharap coretan yang lebih ceria..
akhir kata dari penaja " buatlah sehabis baik "...

wassalam..

0 comments: